Dadah atau "drug" adalah bahan atau
kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia
mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis
dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia
untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug"
bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan
kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau
"abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan
"drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of
drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental
dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan
ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic"
membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak
mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara.
Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi
undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya
kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah
ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman,
pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah
seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan
"ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah
ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :
·
Mempunyai
kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
·
Digunakan
bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
·
Diperoleh
secara haram
·
Membawa
kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
·
Mendatangkan
kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
·
Opiat
dan Opiat sintetik
·
Stimulan
·
Ganja
·
Halusinogen
·
Depresen